Wednesday 18 March 2015

Dialek Sosial

Dialek Sosial

Dialek Sosial

Neka Bahasa
•Berubah bukan saja menurut daerah geografi tetapi juga:
•Perbezaan golongan sosial
•Perbezaan pendidikan
•Perbezaan pekerjaan, profesion
•Perbezaan nilai

Golongan sosial
•Bahasa raja dan bangsawan
•Sistem panggilan: tuanku, hamba, patek, pacal, hamba tua dll.
•Beta, tuan hamba
•Perkataan khusus: santap (makan), gering (sakit), berangkat (pergi), dll.

Pendidikan dan Agama
•Bahasa teratur
•Tuan guru, haji, imam, lebai dll.
Melayu
•Agama dan Arab
•Inggeris
•dll.

Golongan perniagaan
•Perniagaan: kosa kata
•Gaya hidup

Dialek penutur terpelajar
•Bahasa baku
•Bahasa persuratan
•Tatabahasa yang lengkap
•Perkataan khusus
•Sebutan yang rapi

Sebutan
•Semua huruf disebut
•Ikut tulisan
•Bahasa persuratan

Isu dalam amalan berbahasa
•Kebanyakan kita menggunakan bahasa neka rendah (bualan) dalam semua konteks
•Sebutan tidak sempurna
•Perkataan tidak terbentuk lengkap
•Ayat dan intonasi tidak rapi
•Berbahasa dengan tidak berdisiplin
•Tiada beza percakapan orang berilmu dengan yang tidak berilmu

Neka bahasa
•Semua bahasa ada neka (variety)
•Ada neka rendah dan ada neka tinggi (low and high)
•Setiap neka ada ranahnya
•Gunakanlah neka yang sesuai dengan ranah (konteksnya)

Bahasa Inggeris juga ada neka
•Bahasa Inggeris pun ada neka
•BI yang kita gunakan juga adalah ‘low variety’
•Sentiasa bercampur dengan BM
•Jarang kita mendengar sebuah ayat lengkap dalam BI

Campur kod dan tukar kod
•Kod itu ialah unsur bahasa
•Campur kod (code mixing): menggunakan unsur BI dalam BM atau BM dalam BI
•Tukar kod (code switching): apabila berucap dalam BM yang baik, kita sengaja menggunakan BI yang baik juga bagi menjelaskan sesuatu, atau sebaliknya

Amalan berbahasa dan karisma
•Code mixing (bahasa rojak)
•Budaya rendah
•Pengamalnya dipersepsi sebagai tidak berfikir, tidak berpelajaran dan tidak keruan
•Code switching (tukar bahasa bila perlu)
•Budaya tinggi
•Pengamalnya dipersepsi sebagai orang pandai, intelektual, berilmu

Bukan isu baru:
•1847, Abdullah Munsyi (jalan bahasa ..
•1956: Kongres Ketiga (S. Roomai Noor, Zuber Said …, unsur asing)
•1984 Kongres Keempat (Nik Safiah, Awang Sariyan, Firdaus Abdullah, Farid Onn, bahasa tak formal (iaitu neka rendah)
•Sekarang: sms, emel, rojak (campur), remaja (slanga), dll.

Falsafah Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi
•Bahasa Melayu Tinggi adalah wahana budaya Tinggi: intelektual, pentadbiran, mesyuarat, pendidikan, idea, istiadat, rasmi, mahkamah, dll.
•Bahasa Melayu Rendah adalah wahana budaya rendah (lawak Senario, celoteh DJ radio dan tv, dll. Contoh: Jom, Pekena: gunakanlah, tetapi jangan diamalkan dalam konteks rasmi.

Fitrah manusia berkomunikasi
•Ada banyak neka bahasa
•Kita menggunakan lebih dpd satu neka
•Setiap satunya untuk konteks tertentu
•Sikap begini penting, supaya kita tidak perlu membendung pengggunaan neka rendah dalam konteks intelektual
•Ajarkan apa yang betul, neka yang baik

Neka dan ranahnya
•Neka rendah untuk komunikasi dengan kawan rapat, konteks tidak rasmi
•Budaya seperti Akademi Fantasia (pengacaranya mendapat bayaran tinggi)
•Tetapi orang berilmu tinggi tidaklah diharapkan menggunakan bahasa begitu dalam dewan kuliah

Ciri-Ciri BMT dan BMR
•Terkawal lwn bebas,
Terkawal: Bahasa majlis, sekolah, mahkamah, buku, jurnal
Bebas: bahasa basahan, keluarga,
•Kekal (permanent) lwn tidak kekal (non-permanent)
Permanent: majlis, ucapan, buku
Non permanent: bualan, akhbar, majalah

BMT lwn BMR
•Citra (Imej): Berpendidikan, Berkuasa
•Bahasa Indonesia (lelaki) lwn bahasa Melayu (Perempuan)
•Lelaki (Jins Shamsuddin, Rais Yatim)
•Perempuan (Chef Wan, Jaafar Onn)

1. Terkawal lawan bebas
•BMR (Bebas): I suka pi tengok picture tapi tak dak timelah, busylah nowadays!
•BMT (Terkawal): Saya gemar menonton wayang gambar, tetapi, sekarang saya tidak mempunyai banyak masa untuk berbuat begitu.

2. Rasmi lawan mesra
•Rasmi: panggilan – Tuan, Puan, Cik, Dato’; ganti nama, saudara, anda, kamu, saya
•Mesra: Pak Cik, Mak Cik, Kakak, I, You, We all, You all, Dia orang
•Perhatian: bahasa pasar: you all, dey all, wiol

3. Bahasa surat lawan basahan

BMR: Jom baca
BMT: Mari membaca

BMR (Neka mesra, keluarga): Abang, berape hargenye?
BMT (Neka surat): Encik, Berapa harganya?

BMR (Bahasa mesra, keluarga): Mana surat beranak Mak Cik?
BMT (Neka surat): Tolong berikan sijil lahir Puan kepada saya.

BMR: Mai pekena kopi dulu
BMT: Silakan minum kopi dahulu

BMR: (Neka mesra, keluarga): Abang, berape hargenye?
BMT: (Neka surat): Encik, Berapa harganya?

BMR: (Bahasa mesra, keluarga): Mana surat beranak Mak Cik?
BMT: (Neka surat): Tolong berikan sijil lahir Puan kepada saya.

Bahasa Melayu Tinggi
•Bahasa Persuratan
•Rasmi
•Terkwal
•Bahasa orang terpelajar
•Bahasa orang berkuasa
•Sempurna
•Tahap budaya tinggi

1. Sebutan terkawal dan bebas
•Sebutan: a, r, s, dll (rata
•Imbuhan: kan, per, dll
•Ayat: pengguguran bahagian subjek, predikat
•Kata-kata
•Bualan

Sebutan
•a: rata – rate - kerataan
•r: besar – besa - kebesaran
•s: habis – habeh - kehabisan
•l: kecil – kecik - kekecilan

Imbuhan
•me- (meng)angkat
•-kan – mengguna(kan), membesar(kan)
•Per- - memperoleh

Tatabahasa
•Dengan mengajarkan kemahiran insaniah mendapat peluang yang lebih baik – mana subjeknya
•Melalui projek pembangunan meningkatlah taraf hidup orang asli ini

2. Paggilan Rasmi
•Anugerah: Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Dato’, Datin
•Adat: Dato, Tuk Empat
•Profesional: Dr. Prof. Ir.
•Kemungkinan meng”yu”kan semua orang

3. Panggilan Tidak Rasmi
•Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak,
•Biadab bermesra dalam konteks rasmi,
•Biadab menggunakan bahasa kanak-kanak dalam konteks rasmi

4. Intonasi
Dalam majlis rasmi, penutur menggunakan intonasi "berual"

Kesimpulan
•Bahasa (Melayu) Tinggi ini adalah neka bahasa persuratan.
•Bahasa Intelektual
•Bahasa yang mesti digunakan dalam konteks rasmi dan ilmu.
•Di sekolah, di universiti, di pejabat, dalam majlis, dalam urusan rasmi
•Sebab ini bahasa orang berilmu

Tuesday 4 February 2014

sang kancil menolong kerbau

SANG KANCIL MENOLONG KERBAU
Sang Kerbau sedang asyik meragut rumput yang lembut dan segar di tepi sebatang sungai apabila terdengar teriakan meminta bantuan.

Sang Buaya: Tolong! Tolong!
Sang Kerbau pun berhenti meragut rumput lalu berjalan ke arah suara itu. Apabila Sang Kerbau semakin dekat dengan tempat itu, ia ternampak sebatang pokok yang tumbang.

Sang Buaya: (merayu) Tolonglah aku Sang Kerbau!

Sang Kerbau: Di mana engkau? (sambil mencari-mencari)

Sang Buaya: Aku di bawah pokok tumbang ini!

Sang Kerbau: Engkau rupanya Sang Buaya. Apa yang engkau buat di situ?

Sang Buaya: Engkau tidak nampakkah? Aku dihempap batang pokok ini. Tolonglah aku!

Sang Kerbau: (nada simpati) Bagaimana aku dapat menolong engkau?

Sang Buaya: Engkau tolonglah angkat batang pokok ini.

Sang Kerbau: Baiklah!
Sang Kerbau pun menyusupkan tanduknya di bawah batang pokok itu dan menyuruh Sang Buaya agar cepat keluar. Tanpa disangka oleh Sang Kerbau, Sang Buaya keluar lalu menangkap kakinya. Sang Kerbau pun mula meronta-ronta tetapi Sang Buaya tetap tidak mahu melepaskannya.

Sang Kerbau: (suara ketakutan) Mengapa engkau menangkap kakiku?

Sang Buaya: Aku lapar. (mengerang)

Sang Kerbau: (memekik dengan kuat) Tolong! Tolong!
Sang Kerbau pun menjerit dengan kuat. Pada ketika itu, Sang Kancil pun muncul.

Sang Kancil: Apa yang telah terjadi Sang Kerbau?

Sang Kerbau: (nada sedih) Lihatlah Sang Kancil. Aku telah tolong melepaskan Sang Buaya ini tetapi sekarang, aku pula yang hendak dimakannya. (sambil meronta-ronta)

Sang Kancil: Betulkah begitu? Aku tidak percaya engkau boleh angkat batang pokok ini. Cuba engkau angkat sekali lagi.

Sang Kerbau: Lepaskan dahulu kakiku.
Sang Buaya pun melepaskan kaki Sang Kerbau. Setelah itu, Sang Kerbau menyusupkan tanduknya di bawah batang pokok itu lalu mengangkatnya.

Sang Kancil: Sang Buaya, di mana engkau berada ketika itu?

Sang Buaya: Aku berada di bawah batang pokok ini.

Sang Kancil: Kalau begitu, cepatlah pergi ke bawah batang pokok ini.
Apabila Sang Buaya sudah berada di bawah batang pokok itu, Sang Kancil pun menyuruh kerbau melepaskan batang pokok itu.

Sang Buaya: (mengerang) Aduh! Sakitnya.

Sang Kancil: Pergilah dari sini, Sang Kerbau dan biarkan Sang Buaya ini yang tidak tahu mengenang jasa.


burung bangau dengan ketam

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam
Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.
Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan-ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut, ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.